Dam Dum Dam Raya | Raya Pasti Bermakna Dengan Shaklee
Hari Raya Dengan Shaklee ~~
Raya pertama saya dengan husband tahun ini. Orang putih kata a remarkable one kan. To my shock sebab gee berasal dari pantai timur, makanya memang raya paling maksimum meriah pun pada hari ketiga Syawal. Lepastu memang dah move on untuk menziarah apatah lagi untuk adakan rumah terbuka.
Masuk je dalam keluarga belah suami, MashaAllah jakun dehhh hahaha sebab setiap hari ada jemputan rumah terbuka. For sure dapur pun nak tak nak je berasap. Sebulan dah kita puasa and cut sugar so of course sangat takut ya terjebak dalam makanan sedap-sedap ni.
At the end badan cepat lemau dan berat pun naik sebab makanan kat rumah terbuka ni semua best2!
Gee kongsikan sedikit tips untuk korang kawal portion makan sepanjang bulan Syawal ini, bulan yang menghubungkan tali persaudaraan sesama kita, semestinya selamat hari raya dengan Shaklee!
ALAS PERUT DARI RUMAH
Korang boleh mulakan dengan minuman detoks atau jus buah-buahan just to refresh yourself dan alas sedikit perut. Mulakan dengan protein yang baik contohnya telur dan soya supaya bagi efek kenyang lebih lama so korang akan ada rasa batasan untuk mengelakkan makan berlebihan di rumah terbuka nanti
BAWA BERSAMA MINUMAN KURANG GULA ATAU ZERO SUGAR
Pilihan terbaik gee adalah Cinch Tea Shaklee kerana boleh mengelakkan gee mengantuk selepas perjalanan pulang dan bagi gee rasa fresh sangat semasa bertemu kenalan dan saudara mara! Terasa seakan ada glow effect di wajah sejak mengamalkan Cinch Tea Shaklee.
Kalau dekat kawasan korang beraya cuacanya panas, selitkan Performance Drink Shaklee dalam termos dalam kereta. Best sangat untuk elak haus melampau dan ianya bekalkan elektrolit kedalam badan. Ini salah satu ikhtiar untuk mengelakkan strok haba.
PILIH MAKANAN YANG BAIK
Elakkan mengambil makanan yang tinggi kalori dan rendah glisemik indeks kerana akhirnya badan akan cepat lapar dan kemungkinan untuk kenaikan berat badan tinggi.
Pilih makanan yang kurang karbohidrat dan gula tau. Rendang, kuah kacang, kuah soto masih selamat dimakan kerana santan adalah fungsi lemak yang baik!
KURANGKAN MINUMAN DAN MAKANAN TINGGI GULA
Kek, kuih raya, minuman koktel dan segala jenis pencuci mulut pastinya mengandungi gula an mengancam diet kita. Tapi Syawal dan rumah terbuka adalah tentang tali persaudaraan maka adab still diprioritasikan.
Mak mentua saya selalu berpesan. Jamahlah. Mengambil hati tuan ramah. Kita pula sebagai tetamu inshaAllah membawa berkah kepada tuan rumah.
Indahnya Syawal dan agama ini. Banyak untuk dikongsi. Ramai untuk saling mengasihi.
Salam sayang dan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.






Ye wakk, kat key ell ni 30 hari syawal ready terima jemputan hahah.
ReplyDelete