Hari Raya Open House 2023 ✨

Kita sambung kejutan demi kejutan pada Syawal ini bila mak mertua buat kejutan istimewa nak buat hari raya open house kali kedua di rumah beliau. 

Ramai juga yang mengasak bila nak buat open house rumah sendiri. Tapi bila memikirkan ahli keluarga kami yang besar dan setiap hari pada hujung minggu penuh dengan undangan, maka saya pilih untuk menjadi pembantu terhormat sajalah 😆 (alasan)! 

❤menu open house Sabtu lepas yang sangat tak menang tangan sebab ibu mertua ni asalnya Orang Jawa. Jadi kalau buat makan tu kalau boleh nak bagi tetamu makan sepuas dan sekenyang yang boleh. 






Menunya bihun sup, nasi lemak, nasi impit kuah kacang, ditemani condiments yang teragung seperti daging hitam dan rendang ayam cili api. 


Ini kalau makan silap haribulan meroket kebulan tersandar dekat sofa. So to stay wise memang gee banyak minum air dan ambil portion yang kecik sahaja untuk elakkan terlebih makan. 

Open house ni start terima tetamu dari 12 tengahari sehingga 12 malam ya. Maklumlah dah asingkan siap-siap untuk ahli keluarga terdekat pada sesi siang dan malam untuk kawasan kejiranan. - lesson learnt! At least tuan rumah ada banyak masa untuk tak terkejar-kejar dan tetamu yang bercampur aduk. 







Sebagai menantu mithali yang menuruti kehendak ibu mertua, kita bawakan menu mek kelate siam untuk disajikan kwpada para tetamu 🥰



Alhamdulillah menu ini menerima reaksi yang positif wakaka! Sold out sap sap soi. Sis guna 16pek maggi siam Serda 🥰

Alhamdulillah. Ente pun sudah penattt maka selepas jam 12 berdenting, kita sambung mengemas dan basuh periuk belanga di dapur. 

Korang dah naik berapa kilo tu? Sis masih maintain tak naik berat! Statik sahaja 😆


Comments

Popular Posts